RSS

Masalah Kesihatan Mental

17 Jan

Petikan daripada keratan akhbar online pada 2009:

Jangan pandang ringan masalah kesihatan mental

Date: 30 December 2009

Masalah kesihatan mental yang berlegar dalam masyarakat kita tidak seharusnya dipandang ringan.

Banyak kes menyaksikan masalah kesihatan mental yang bersangkutan dengan tekanan perasaan akan memberi kesan lebih buruk apabila ia tidak ditangani dengan bijak.

Langkah-langkah segera perlu diambil untuk menangani masalah dan kesihatan mental di tempat kerja.
 Ia melibatkan kerjasama antara majikan, pekerja dan pihak berkuasa.

Pengabaian faktor kesihatan mental dan psikososial di tempat kerja bukan sahaja merugikan pekerja tetapi turut memberi kesan langsung terhadap kecekapan, keberkesanan dan hasil produktiviti pekerja dan juga syarikat.

Prestasi termasuk kekerapan jatuh sakit, ketidakhadiran, kemalangan dan pusing-ganti pekerja akan terjejas sekiranya wujud masalah kesihatan mental di kalangan pekerja.

Maka kerana itu, kesihatan mental tidak lagi boleh diabaikan sebaliknya ia perlu diberikan perhatian sama seperti masalah kesihatan lain.

Ia bukan sekadar penyakit mental. Ia turut berkait dengan perasaan kesejahteraan, keupayaan menghadapi cabaran dan memastikan sikap positif terhadap diri sendiri dan persekitaran.

Promosi terhadap kesihatan mental adalah menjadi tanggungjawab kerajaan, majikan, masyarakat dan juga keluarga.

Antara yang boleh dilakukan ialah:

1. Memperbanyakkan kemudahan bagi pesakit mental seperti pelindungan insurans. Ketika ini insurans untuk masalah itu boleh dikatakan tidak ditawarkan di negara ini.

2. Pelepasan cukai untuk ibu bapa atau saudara-mara yang menjaga pesakit mental. Ini kerana penjagaan pesakit mental selalunya menuntut banyak belanja.

3. Syarikat swasta boleh diberi insentif cukai sebagai galakan untuk memberi peluang pekerjaan kepada pesakit mental yang telah pulih.

4. Menyediakan perkhidmatan kesihatan yang lebih baik untuk pesakit mental di semua hospital kerajaan dan menjadikan kos ubat lebih mampu untuk mereka.

5. Menghapuskan diskriminasi terhadap pesakit mental yang telah pulih supaya dapat diintegrasikan semula dalam masyarakat seperti layanan kita terhadap bekas penagih dadah.

6. Menyediakan Program Bantuan Pekerja (PBP) sebagai langkah mencegah pekerja yang menghadapi masalah kesihatan mental menjadi lebih teruk.

Tabung yang dibelanjakan untuk PBP ini mempunyai penyata pulangan dalam bentuk produktiviti dan prestasi kerja yang direkodkan.

Apa yang pasti, syarikat-syarikat yang telah menanam modal untuk kesejahteraan pekerja mampu membawa lebih banyak keuntungan.

Maka sepatutnya, masalah kesihatan mental ini tidak dipandang ringan kerana ia akan memberi banyak kesan kepada persekitaran.

Selain keluarga dan syarikat tempat kerja, masalah itu juga menjejaskan institusi masyarakat.

Advertisements
 
Tinggalkan komen

Posted by di Januari 17, 2012 in ilmu psy

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: